Sistem pengembungan beg udara Beg_udara

Tujuan utama beg udara adalah memperlahan pergerakan hadapan penumpang tanpa kecederaan yang serius. Terdapat tiga komponen utama perfungsian beg udara yang terkini iaitu:

KomponenKeterangan
Beg udaraDiperbuat daripada fabrik nilon yang nipis, di mana ia dlipat ke dalam stereng atau papan pemuka dan baru-baru ini dipasang pada pintu atau tempat duduk sebagai tambahan ciri-ciri keselamatan jika dilanggar dari arah sisi.
PenderiaMerupakan peranti yang memberitahu beg udara supaya mengembung. Pengembungan terjadi apabila terdapat perlanggaran yang kuat sama seperti merempuh tembok bata pada kadar kelajuan 10 hingga 15 batu per jam (16 hingga 24 km/j). Suis mekanikal terpelantik apabila terdapat peranjakan jisim berhampiran dengan sentuhan elektrik, memberitahu penderia bahawa perlanggaran telah berlaku. Penderia menerima maklumat daripada meter pecut (accelerometer) yang dibina dalam bentuk cip mikro.
Sistem pengembungan beg udaraTindak balas natrium azid (NaN3) dengan kalium nitrat (KNO3) menghasilkan gas nitrogen(N2). Letupan panas nitrogen inilah yang mengembungkan beg udara.

Sistem pengembungan tidak sepunya dengan sistem penggalak roket pepejal. Sistem beg udara menyalakan bahan dorong pepejal, di mana membakar secara ekstrem dengan cepat bagi menghasilkan isipadu gas yang amat tinggi untuk mengembungkan beg udara. Beg udara mengembung keluar dari tempat simpanannya pada kadar kelajuan yang teramat pantas iaitu lebih daripada 200 mph (322 kph) — lebih pantas berbanding kelipan mata.Selepas beberapa saat, gas tersebut hilang dan dikeluarkan melalui lubang kecil dalam beg udara, sekaligus mengecutkan kembali beg udara supaya penumpang boleh bergerak.

Secara keseluruhannya, proses ini hanya mengambil masa kira-kira satu per dua puluh lima saat (1/25 saat). Sementara itu, serbuk yang mengandungi kanji jagung atau bedak talkum telah dilepaskan daripada beg udara supaya begnya lembut dan mudah lentur dengan serta merta mengurangkan kecederaan yang serius kepada penumpang terutama kanak-kanak.